405 Komander Kesatria Terima Tauliah Leftenan Muda Kesatria

PUNCAK ALAM, 4 Mac 2023 – Seramai 405 orang Komander Kesatria dari seluruh kampus cawangan UiTM telah menerima watikah pentauliahan sempena Majlis Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria Ke-18 2023 di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh UiTM Cawangan Selangor (UCS) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Unit Kokurikulum seluruh cawangan.

Pengisytiharan pentauliahan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor HEP. Turut sama hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg. Prof. Ts. Dr. Asmah Awal, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi) Menjalankan Tugas-tugas Rektor UiTM Cawangan Selangor dan Prof. Madya Dr. Mohd Azman Yahaya, Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM.  Majlis pentauliahan ini juga menyaksikan 20 orang telah dipilih sebagai Komander Kesatria Terbaik bagi setiap UiTM cawangan dan kampus.

Satu kelainan yang ditampilkan dalam majlis kali ini ialah, Alumni Komander Kesatria dari setiap kampus cawangan telah dijemput untuk hadir bagi Majlis Perbarisan dan Majlis Penyampaian Watikah.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000