PUNCAK ALAM, 16 Julai 2023 - YBhg. Profesor Datuk Dr Hjh. Roziah Janor, Naib Canselor UiTM bersama YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Unit Komunikasi Korporat berbesar hati mengadakan satu sesi lawatan ke tapak penanaman buah MeloSel di Sungai Panjang, Sabak Bernam.
Usai lawatan, satu sesi diskusi bersama Usahawan Muda Sungai Panjang (PIKOM) telah berlangsung dengan jayanya. Hasil perbincangan, UiTM Cawangan Selangor dengan persetujuan Datuk Naib Canselor UiTM telah dipilih untuk menjayakan Memorandum Persefahaman (MoU) dan bekerjasama dengan PIKOM untuk program Edutourism masa panjang. Selain itu, Datuk Naib Canselor amat teruja dengan projek yang dibentangkan dan bersetuju untuk menjadikan Sungai Panjang sebagai “living lab” UiTM.
Semoga jalinan bersama Usahawan Muda Sungai Panjang (PIKOM) ini dapat membawa kecemerlangan kepada UiTM dan masyarakat khususnya.
Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)