PUNCAK ALAM, 15 Julai 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor telah menganjurkan Program Semarak Siswa Madani (SSM) Universiti Awam (UA) Fasa 1 yang direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program Semarak Siswa Madani merupakan inisiatif baharu KPT dan majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pada 20 Jun 2023 di UKM, Bangi.
Program pertama bagi peringkat UiTM Cawangan Selangor di Jeram ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dengan menyasarkan penglibatan seramai 1000 orang komuniti daripada mukim Jeram.
Turut hadir di majlis penutup perasmian ialah YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS). Pelaksanaan program ini juga turut melibatkan lebih 100 orang kakitangan dan pelajar dari UiTM Cawangan Selangor.
Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)