Lawatan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Ke UiTM Cawangan Selangor

PUNCAK ALAM, 18 Julai 2023 – Satu lawatan kehormat dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia ke UiTM Cawangan Selangor telah berlangsung di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA). Lawatan oleh Atase Kebudayaan di Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. Fahd bin Muhammad Al-Shammari telah disambut baik oleh pengurusan UiTM dan UiTM Cawangan Selangor yang terdiri daripada YBhg. Prof. Dr. Ahmad Naqiyuddin Bakar, Pengarah Jaringan Strategik Global, UiTM Global, YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS) dan YBhg. Prof. Dr. Sazzli Sahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) serta dekan-dekan dan wakil kampus.

Dalam acara lawatan ini, sesi perbincangan telah diatur bagi membincangkan potensi kerjasama diantara UiTM dan Arab Saudi di dalam bidang pendidikan. UiTM telah dipilih kerana dilihat sebagai satu institusi pengajian tinggi terbesar di Malaysia dan mempunyai potensi baik bagi jalinan kerjasama antara dua negara. Antara bidang yang dilihat berpotensi tinggi bagi jalinan kerjasama ini ialah bidang kejururawatan dan hospitaliti.

Kunjungan turut melawat sekitar Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) termasuk wad Eksekutif, Perpustakaan Perubatan Tun Abdul Razak, Klinik Eksekutif dan Bahagian Nefrologi, serta Hotel UiTM Puncak Alam.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000