Mesyuarat Pembukaan Audit Pematuhan Swaakreditasi

PUNCAK ALAM, 24 Julai 2023 - Mesyuarat Pembukaan Audit Pematuhan Swaakreditasi telah berlangsung di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana yang di hadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS), YBrs. Prof. Madya Dr Badrul Isa (Timbalan Rektor HEP) dan YBrs. Prof. Madya Dr Rosmadi Ghazali (Timbalan Rektor Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan), selain dihadiri oleh barisan Penolong-penolong Naib Canselor Kolej Pengajian (INQKA, KPSK & KPPIM) serta ketua-ketua program Kolej Pengajian.

Sesi pembukaan ini dijalankan bagi menyambut kedatangan barisan panel auditor & pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), juga merupakan sebahagian dari keseluruhan lawatan MQA.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000