Mesyuarat Penutup Audit Pematuhan Swaakreditasi

 

PUNCAK ALAM, 24 Julai 2023 - Mesyuarat Penutup Audit Pematuhan Swaakreditasi telah berlangsung di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam yang di hadiri oleh YBhg. Profesor Datuk Dr Hjh. Roziah Janor, Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS), barisan Eksekutif Tertinggi UiTM, selain barisan Penolong-penolong Naib Canselor Kolej Pengajian (INQKA, KPSK & KPPIM), ketua-ketua program Kolej Pengajian dan barisan Dekan-dekan UiTM.

Sesi penutup ini dijalankan bagi membincangkan berkenaan audit yang telah di laksanakan serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan di masa mendatang. Kunjungan barisan panel auditor & pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), juga merupakan sebahagian dari keseluruhan lawatan MQA.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000