Gotong Royong Merdeka Peringkat UiTM Kampus Puncak Alam

PUNCAK ALAM, 24 Ogos 2023 - UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Program Gotong Royong Merdeka UiTM Cawangan Selangor 2023 buat julung kalinya. Program ini diadakan di Kampus Puncak Alam bagi melaksanakan amalan kebersihan terbaik dengan memastikan kawasan persekitaran kampus bersih dan ceria.

Program yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS) ini dijalankan bagi menyokong dua (2) sambutan iaitu Hari Kebangsaan dan Hari Nyamuk Sedunia yang masing-masingnya berlangsung pada bulan Ogos.

Bersesuaian dengan Hari Kebangsaan dan Hari Nyamuk Sedunia, program ini merangkumi beberapa aspek iaitu penghayatan Bulan Kemerdekaan, kelestarian persekitaran, penekanan konsep 3R (Reuse, Reduce, Recycle) dan meningkatkan kesedaran denggi dikalangan warga UiTM Cawangan Selangor.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000