2 Disember 2023 - UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak amat bertuah kerana terpilih menjadi tuan rumah sempena Hari AIDS Sedunia yang disambut saban tahun pada 1 Disember, untuk sambutan peringkat kebangsaan bagi tahun 2023 & Sihat Milik Selangor 4.0. Majlis perasmian dijayakn dengan kerjasama diantara UiTM Cawangan Selangor dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Malaysian AIDS Council.
Bertemakan "Komuniti peneraju bersama", perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) serta diiringi oleh YBrs. Prof Madya Dr Raja Iskandar Shah Raja Azwa, Presiden Malaysian AIDS Council (MAC), YBrs. Dr Anita Suleiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, YBrs. Dr Wan Noraini binti Wan Mohamed Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan YBhg. Prof. Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor serta dif dif kehormat yang lain.
Pada sambutan ini, satu laman web interaktif Test Now untuk saringan HIV telah dilancarkan dan beberapa anugerah penghargaan juga diberikan kepada Klinik Kesihatan dan NGO yang bersama-sama membanteras jangkitan HIV/AIDS.
Dengan penganjuran sambutan ini, diharapkan para mahasiswa/wi serta pengunjung mendapat banyak pengetahuan berkenaan gaya hidup sihat dan mengelakkan tingkah laku berisiko yang boleh membawa kemudaratan seperti penyakit HIV dan lain-lain.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat