Wanita Berdaya Selangor (WBS) Dan All Women's Action Society (AWAM) Malaysia

    10 Disember 2023 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia dengan kerjasama Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan All Women's Action Society (AWAM) Malaysia telah melaksanakan Dahlia Women Empowerment Program (DWEP) 4.0 dengan tema Bangkit! Melawan Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak- Kanak, bersempena kempen 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berasaskan Gender.

    Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Negeri Selangor. Satu forum bertajuk Generasi Muda Pemangkin Keluarga Sejahtera juga telah diadakan dengan barisan panelis; Profesor Datuk Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Mantan Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA; Puan Rozeeta@Hidayah Binti Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif, Wanita Berdaya Selangor; Associate Professor Dr Farhan Rusli, Pakar Kesihatan Awam, Universiti Islam Antarabangsa dan PM Dr Bahiyah Abdullah, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Hospital Al Sultan Abdullah.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000