Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Persetujuan (MOA)

    5 Januari 2024 - Tahniah diucapkan kepada Fakulti Sains Kesihatan yang telah berjaya melangsungkan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) dan Perjanjian Persetujuan (MOA) bersama tujuh (7) rakan industri dari dalam dan luar negara terdiri daripada Pantai Integrated Rehab Sdn. Bhd., Physiogo Sdn. Bhd., GTPhysio and Rehabilitation Centre, My Physio Sdn. Bhd., Safwa Healthcare Sdn. Bhd., Spark Child Development Centre, dan Universitas 'Aisyiyah Yogyakarta (UNISA) Indonesia.

    YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor telah berbesar hati mewakili Naib Canselor UiTM bagi menyempurnakan sesi tandatangan pada majlis ini. Diharapkan perjanjian yang telah dimeterai ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Ia juga diharapkan menjadi batu loncatan kepada FSK untuk mengetengahkan kemahiran para graduan di dalam dan luar negara.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

     

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000