Program 'EXPEDICOM-UCS Community Engagement' di UiTM Living Lab@Sabak Bernam

    11 Januari 2024 - UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Program ‘Expedicom-UCS Community Engagement’ di UiTM Living Lab@Sabak Bernam. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti melalui pemindahan teknologi penghasilan sabun organik ekoenzim menggunakan sisa produk tanaman kepada komuniti agritourism di Kawasan Sungai Panjang dan teknologi penghasilan klon kultur tisu kepada petani di Sungai Air Tawar, Daerah Sabak Bernam. YB. Datuk Hj. Rizam Bin Hj. Ismail, Pengerusi SABDA (Inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam) yang juga merupakan Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor hadir merasmikan program ini.

    Program inovasi sosial ini turut melibatkan kerjasama Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Farmasi, dengan kerjasama Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati (UIN SGD), Indonesia dan industri setempat yang terdiri daripada Nazbell Cottage Worldwide, Big River Agrofarm Sdn. Bhd., Sungai Panjang Agro Tourism Sdn. Bhd. (SPAT) dan Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM).

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000