Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Saujana Utama Kerjasama UiTM Cawangan Selangor

13 Januari 2024 – Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Saujana Utama dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor berjaya mengelolakan Prestij Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor. Majlis anjuran Unit Pendidikan Khas Sektor Pembelajaran PPD Kuala Selangor ini telah meraikan seramai 137 orang pelajar PPKI dari 21 buah sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Selangor.

YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menyempurnakan majlis dan menyampaikan sijil graduasi. Tahniah kepada semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas yang diraikan dan syabas kepada para guru serta ibu bapa yang komited memastikan kecemerlangan anak-anak ini.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000