Majlis Apresiasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur

    27 Januari 2024 – UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah diberi penghormatan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur bagi menyantuni, meraikan dan memberi pengikhtirafan kepada seramai 164 orang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, serta menamatkan alam persekolahan mereka.

    Majlis Apresiasi tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor yang berbesar hati menyampaikan sijil kepada semua pelajar yang diraikan. Dalam ucapan perasmian, beliau turut menyatakan mereka adalah tunjang kepada pembangunan negara untuk merialisasikan aspirasi agenda negara pada masa hadapan. Penglibatan bersama pihak sekolah ini adalah satu langkah dalam usaha UCS memperkasakan University Social Responsibility (USR). Rektor dan warga UCS turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menduduki SPM 2023.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

     

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000