29 Januari 2024 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada Pemuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA) yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Hanif Md Sultan, Pengerusi 4PA, beberapa Ahli Jawatankuasa dan wakil exco persatuan. Kunjungan disambut mesra oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama wakil pentadbiran UiTM Cawangan Selangor, dan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan FF1 Kampus Puncak Alam.
Kunjungan ini bertujuan menjalinkan hubungan baik diantara pihak persatuan penduduk dan komuniti Puncak Alam, dengan UiTM Cawangan Selangor. Antara perkara yang turut dibincangkan adalah usahasama bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan para pelajar Non-resident (NR) UiTM Cawangan Selangor yang tinggal di kawasan sekitar, dan kolaborasi bagi program-program komuniti.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat