Majlis Perbarisan Tamat Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri ke 56/2024 UiTM Cawangan Selangor

 

29 Februari 2024 – Satu Majlis Perbarisan Tamat Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) Siri Ke 56/2024 UiTM Cawangan Selangor telah diadakan bagi meraikan 61 anggota Bakal Komander yang dianugerahkan pangkat Komander Rendah Muda. Latihan intensif itu telah diadakan selama 11 hari bermula pada 19-29 Februari 2024 dibawah bimbingan 8 org Jurulatih (terdiri dari bekas anggota tentera dan alumni Komander Kesatria), 3 orang staf Unit Kokurikulum dan 25 orang Komander Kesatria.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan LIBK telah disempurnakan oleh YBrs Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dengan dihadiri oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP, ketua-ketua Unit HEP serta ibu bapa dan waris mahasiswa yang terlibat.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000