1 Mac 2024 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat wakil Himpunan Desainer Interior Indonesia (HDII), diketuai oleh Presiden HDII, Ranu Scarvia. Delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, bersama YBrs. Profesor Madya Sr. Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) dan wakil Kolej Pengajian Alam Bina.
Kunjungan ini bertujuan membuat penanda aras bagi program penyelidikan dan aktiviti kolaborasi pelajar. HDII dijangkakan akan berlangsung pada bulan Ogos 2024 di Kolej Alam Bina, Kampus Puncak Alam yang akan melibatkan kerjasama 10 universiti dari Indonesia dan UiTM yang diwakili oleh 40 orang pelajar Seni Bina Dalaman, Kolej Alam Bina.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat