4 Mac 2024 – Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Majlis Perasmian Ihya Ramadan UCS 1445H / 2024M. Majlis ini merupakan simbolik kepada sambutan kedatangan Bulan Ramadan dan turut dimeriahkan dengan kehadiran tokoh agamawan yang amat dikenali iaitu YBhg. Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri. Peserta yang hadir berasa amat berbangga atas kesudian YBhg. Dato’ Seri mencurahkan ilmu dan kesedaran agama dalam persediaan menghadapi Bulan Ramadan.
Mewakili Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBrs. Profesor Ts. Dr Asmah Awal dalam ucapan perasmian turut berpesan kepada warga UCS agar sama-sama mengikuti program yang bakal dianjurkan oleh UHEI disepanjang Bulan Ramadan dan semoga semua program dapat memberi makna dalam memperingati, menghayati dan melaksanakan nilai-nilai yang baik dan terpuji.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat