Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2024

 

26 Mac 2024 - Seperti tahun-tahun sebelumnya, Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor sekali lagi berjaya menganjurkan Rewang Bubur Lambuk Perdana UCS 2024. Proses memasak bubur lambuk telah melibatkan kerjasama 60 orang staf dan 40 orang pelajar.

Sebanyak 5 periuk dengan anggaran 1500 bekas bubur lambuk telah diedarkan kepada para pelajar yang tinggal di Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar; Kolej Kediaman Angsana, Dahlia, dan Zamrud Baiduri serta staf UCS. Rewang kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan Hospital Al-Sultan Abdullah dengan sumbangan 2 periuk bubur lambuk yang diagihkan kepada pesakit dan staf di hospital tersebut, serta komuniti setempat.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000