27 Mac 2024 - Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Iftar Perdana peringkat UiTM Kampus Puncak Perdana. Majlis bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara pelajar dan staf Kampus Puncak Perdana dalam menyambut Nuzul Al-Quran.
Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS), YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman turut sudi hadir meluangkan masa berbuka puasa bersama, seterusnya berjemaah dan menghayati Kuliah Maghrib Nuzul Al-Quran yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Afif Haidar.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat