Majlis Iftar Perdana UiTM Cawangan Selangor

 

1 April 2024 - Majlis Iftar Perdana UiTM Cawangan Selangor telah diadakan sempena majlis penutup Ihya Ramadan UCS 2024. Majlis anjuran Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah dimeriahkan dengan kehadiran 400 orang staf dan pelajar UCS Kampus Puncak Alam, Kampus Sungai Buloh & Kampus Puncak Perdana.

Majlis iftar dan solat terawikh berjemaah diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim diantara warga UCS. Majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil komuniti dari Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam. UCS merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan strategik UCS, TRIplc Holdings Berhad atas sumbangan dalam menjayakan majlis ini.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000