Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2024 dan Sumbangan Program IHYA Ramadan

 

1 April 2024 - Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Syawal UiTM Cawangan Selangor 2024 telah berjaya dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis menyaksikan perasmian penutup Ihya Ramadan UCS 2024 disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan strategik UCS iaitu iaitu TRIplc Holdings Berhad atas sumbangan bagi Program Ihya Ramadan UCS sebanyak RM16,000.00 dan 2 unit TV untuk kegunaan Surau Ibnu Sina, Kampus Puncak Alam. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Taufik Afendy Othman, Pengarah Urusan TRIplc Holdings Berhad.

UCS turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang telah menyumbang kotak agihan fidyah kepada 58 orang staf pentadbiran kampus, fakulti dan staf akademik UCS. Sumbangan dari MAIS telah disampaikan oleh YBrs. Prof Rektor, mewakili pihak pengurusan UCS yang juga menyediakan Bakul Syawal, sumbangan bersama TRIplc Holdings Berhad.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000