Program iSihat KPSK 2024

     

    25 April 2024 - Tahniah diucapkan kepada Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) yang diterajui oleh YBrs. Profesor Dr Shahanum Md Shah, Penolong Naib Canselor KPSK atas penganjuran Program iSIHATKPSK 2024. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS).

    YBrs. Rektor turut meluangkan masa menyantuni peserta program bersama-sama melakukan aktiviti senamrobik, usai perasmian. Penganjuran program itu selari dengan matlamat pihak pengurusan UCS dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan rohani dan jasmani warga kerja dan pelajar agar ianya dapat memberi impak yang positif kepada pembangunan sahsiah, disamping menerapkan nilai gaya hidup yang lebih efektif dan sihat.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000