28 April 2024 - Staf Residen Kolej (SRK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine telah bergotong-royong dan menjayakan Majlis Santai Raya Kampus Puncak Perdana UiTM Cawangan Selangor bagi memberi peluang kepada warga kolej agar dapat merasai sambutan raya di kampus bersama-sama.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, yang menyifatkan penganjuran majlis seumpama ini dapat mengekalkan suasana keharmonian di dalam kolej, selain memupuk sifat nilai-nilai murni dikalangan pelajar.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat