Kunjungan dan Mesyuarat bersama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor

     

    2 Mei 2024 – Susulan kunjungan dan mesyuarat bersama Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor tempoh hari, satu mesyuarat dan sesi lawatan dari pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) dan Badan Bas Coach ke UiTM Cawangan Selangor telah diadakan.

    Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah membincangkan isu-isu kemudahan pengangkutan di dalam kampus dan bagi pelajar non-residen (NR) sekitar Puncak Alam. Semoga perbincangan ini dapat membuahkan hasil demi menjaga kebajikan dan keselesaan warga, khususnya mahasiswa UCS.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000