3 Mei 2024 - Pejabat Polis Bantuan dengan kerjsama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Sesi JomSihat@UCS siri 1 bagi tahun 2024 dengan tema Tempur Tanpa Senjata. Program yang telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS itu telah menarik penyertaan ramai staf UCS.
Sesi Tempur Tanpa Senjata (TTS) atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Unarmed Combat atau Hand to Hand Combat menekankan kepada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal. Satu sesi taklimat berkaitan gaya hidup sihat juga telah berlangsung selama 30 minit sebelum aktiviti fizikal dijalankan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat