4 Mei 2024 - Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya di Kampus Sungai Buloh. Hadir mewakili Rektor adalah YBrs. Profesor Madya Sr. Dr. Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor iCARE.
Majlis yang melibatkan staf Pejabat Polis Bantuan dari tiga kampus iaitu Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh itu diharapkan dapat mengeratkan silaturahim sesama staf Polis Bantuan UCS merentas kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat