Seminar Peralihan Tenaga dan Kelestarian Alam 2024

     

    11 Mei 2024 – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menjalinkan kerjasama dalam penganjuran Seminar Peralihan Tenaga & Kelestarian Alam 2024 bagi menyokong Inisiatif Kerajaan melalui Malaysia Energy Literacy Program (MELP) yang memfokuskan peningkatan kepekaan rakyat dalam penggunaan tenaga yang lebih lestari.

    Perasmian majlis disempurnakan oleh Ketua Retail Negeri (Selangor) TNB, YBrs. Ir. Ahmad Barodi Che Noh di Kolej Dahlia Kampus Puncak Alam, yang turut dihadiri oleh Rektor UCS, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman. Seminar yang diadakan di Kampus Puncak Alam buat julung kalinya ini berjaya mengumpulkan lebih 500 penglibatan peserta, dengan seramai 400 orang mahasiswa dan 100 kakitangan UCS. Semoga anjuran sulung ini menjadi penanda aras kepada kampus-kampus lain yang turut akan menggerakkan projek kerjasama bersama TNB.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000