Lawatan Penanda Aras Autonomi di UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS), Kampus Seremban

     

    14 Mei 2024 - Delegasi UiTM Cawangan Selangor (UCS) seramai 20 orang yang diketuai oleh Puan Alfina Bakar, K.M.N., CHRM telah membuat lawatan penanda aras ke UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban telah disambut mesra oleh Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan YBrs. Profesor Dr Yamin Yasin.

    Objektif lawatan adalah untuk memberikan pemahaman dan mengenalpasti amalan pengurusan terbaik UiTMCNS dan UCS serta meningkatkan kemahiran staf dalam skop tugas berkaitan. Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan meningkatkan kreativiti staf dalam menambahbaik proses kerja di PTJ dan membina networking dalam skop tugas berkaitan serta galakkan bertukar-tukar buah fikiran. Terima kasih diucapkan kepada UiTM Cawangan Negeri Sembilan di atas kesudian menerima kunjungan daripada delegasi UCS.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000