Gotong Royong Kawasan Rumah SRK dan Pegawai Penting Kolej Angsana dan Rafflesia, Kampus Puncak Alam dengan Kerjasama Taskforce UiTM Cawangan Selangor Bebas Denggi dan MPKS

     

    12 Mei 2024 - Pihak pengurusan Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana, UiTM Cawangan Selangor (UCS) Kampus Puncak Alam dengan kerjasama Task Force UCS Bebas Denggi telah menganjurkan gotong royong bersama staf residen kolej (SRK) dan pegawai penting di kediaman masing-masing. Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas tentang kesedaran denggi oleh En Muhammad Zulhelmi Md Shakkeri, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Kesihatan Awam, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor.

    Program ini telah mendapat sokongan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor dari segi pinjaman alat gotong royong serta tong roro, serta sumbangan abate dan semburan aerosol yang diserahkan oleh wakil Unit Vektor MPKS, Cik Suzana kepada Pemangku Pengerusi Taskforce UCS Bebas Denggi, Pn Nurul Dahlya Alias. Penganjuran program ini selari dengan matlamat pihak pengurusan untuk sentiasa memastikan UCS sebagai salah satu IPTA Bebas Denggi.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000