"Jasmine Splash Colour Fun Run With Community"

 

 

27 Jun 2024 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine, Kampus Puncak Perdana dengan kerjasama Masjid Ar-Raudhah, Unit Hal Ehwal Islam, Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan Persatuan Mahasiswa Hadhari sesi 2023/2024 buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan “Jasmine Splash Colour Fun Run With Community”.

Program larian itu dianjurkan selari dengan hasrat UCS untuk memupuk warga yang menjaga kesihatan fizikal dan mental, selain mengeratkan ukhwah diantara warga kampus dengan komuniti sekitarnya. Mewakili Rektor UCS, majlis perasmian dan pelepasan larian disempurnakan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Mohd Haidzir Abd Manaf, Penolong Rektor Kampus Sungai Buloh.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000