Islamic Unity Week

 

 

30 Jun 2024 - Islamic Unity Week: Subuh Macam Jumaat telah berjaya diadakan buat julung kalinya di UiTM Cawangan Selangor anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Rakan Masjid. Islamic Unity Week ini merupakan inisiatif program yang merangkumi aspek kerohanian, sukan, dan kerjasama antara komuniti. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Qiamulail, Kuliah Subuh Perdana dan Subuh Fun Walk sekitar kawasan kolej Casuarina dan Angsana.

Seramai hampir 600 orang pelajar UCS termasuk dari Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh telah hadir bagi memeriahkan lagi program ini dan telah memenuhi ruang legar Surau Ibnu Sina seawal 4.00 pagi. Turut memenuhi jemputan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Profesor Madya Dr. Badrul Bin Isa, mewakili Rektor UCS.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000