Program BPSMConnects@PTJ Siri ke-2

 

 

5 Julai 2024 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Siri ke-2 program BPSMConnects@PTJ, yang diadakan di Pejabat Polis Bantuan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Turut hadir adalah wakil dari Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh.

BPSM diketuai oleh Puan Alfina Bakar K.M.N., CHRM telah disambut oleh Tuan Suria Hj Kamis, Ketua Pejabat Polis Bantuan UCS dan pegawai-pegawai kanan.

BPSMConnects@PTJ adalah salah satu inisiatif sesi libat urus secara langsung ke PTJ bagi penyampaian maklumat mengenai bidang tumpuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh BPSM.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000