10 Ogos 2024 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam (VAD SGR112) kerana berjaya merangkul Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah Kutipan Responsif, Kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) daripada Pusat Darah Negara sempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2024. Anugerah ini diterima hasil 26 siri Kempen Derma Darah yang dijalankan sejak tahun 2016 sehingga Julai 2024, dengan jumlah terbanyak diderma kepada Pusat Darah Negara kategori IPTA iaitu sebanyak 4425 pek darah.
Hadir menerima anugerah daripada YBrs. Dr. Mohammad Masrin Bin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Saudara Muhammad Nabil Rahimi, Pengurus Kempen Derma Darah BSMM UiTM Cawangan Selangor (Kampus Puncak Alam), Encik Nik Mohamed Zulhayiz bin Zulkifli yang mewakili Penasihat BSMM, Puan Fatimah Sham, serta wakil ahli majlis tertinggi BSMM UiTM. Semoga terus cemerlang mengharumkan nama UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat