12 Ogos 2024 - Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor menganjurkan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Proses Kerja Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor ILD Bandar Enstek bermula 12-14 Ogos 2024. Bengkel ini melibatkan 13 orang pegawai kanan dan pegawai rendah Polis Bantuan dari Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Dengkil dan Kampus Sungai Buloh.
Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Alfina Bakar K.M.N, CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Selangor. Bengkel ini diadakan bagi menyemak dan membuat penambahbaikan kepada garis panduan proses kerja Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor yang merupakan Projek Khas Rektor UCS 2024.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat