Program "Jom Sihat @UCS"

     

     

    16 Ogos 2024 – Program "Jom Sihat @UCS" anjuran Unit Kesihatan Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana bersama Bahagian Pentadbiran Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor berjaya dianjurkan, melibatkan 100 orang peserta. Program ini merupakan salah satu aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat UiTM Cawangan Selangor yang bertemakan "Merdeka Health Challenge”.

    Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), mewakili Rektor. Program dimulakan dengan ceramah kesihatan dan beberapa aktiviti iaitu Fun Walk 1.5km dan 1km, kuiz kemerdekaan, kuiz pertolongan cemas, serta aktiviti berkayak.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000