Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia

     

     

    15 Ogos 2024 - UiTM Cawangan Selangor (UCS) sekali lagi dipilih sebagai lokasi penggambaran rancangan “Ini Kopi Kita: Sembang Anak Malaysia” sebuah rancangan bual bicara santai terbitan JaPenTV - Jabatan Penerangan Malaysia.

    Hadir sebagai panel bual bicara bagi episod ke 4 tersebut adalah YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan Dr Malar Santhi Santherasegapan, Doktor Perubatan dan pempengaruh media sosial. YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan barisan pengurusan kanan UCS berbesar hati menyantuni kunjungan tersebut. Selain UCS, UKM, UIAM, UPM dan USIM juga turut terpilih menjadi lokasi penggambaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000