16 Oktober 2024 - Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan, Unit Kerjaya dan Kaunseling, Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil dengan kerjasama Kelab PEERS telah menganjurkan program forum Bicara Interaktif Siswa: Kajian Kes di Sektor Pendidikan. Forum telah disertai oleh lebih 300 orang pelajar dengan objektif untuk memberi kesedaran tentang gangguan seksual yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Encik Mahadi bin Kamaludin, Timbalan Pengarah HEP dan ICAN ini menampilkan Encik Shankar Durairaja, Pensyarah Kanan ELMU selaku panel jemputan. Menurut Encik Norhisham Ya’cob, Pegawai Psikologi, forum ini juga merupakan platform kepada mahasiswa untuk melaporkan dan mendapatkan hak untuk dilindungi daripada pemangsa. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberikan kesedaran khusus kepada mahasiswa UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat