Seminar ICT: Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024

     

     

    22 Oktober 2024 – Buat julung kalinya, Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Seminar ICT: Memperkasakan Perubahan melalui Transformasi Tadbir Urus dan Operasi ICT 2024. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Hajah Sariani Sarijo, Pengarah Pengurusan ICT, Jabatan Digital UiTM mewakili YBrs. Profesor Ir Ts Dr Juliana Johari, menjalankan tugas, Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital UiTM.

    Hadir sama di majlis perasmian adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan YBrs. Puan Alfina Bakar (K.M.N, CHRM) Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UCS. 4 sesi perkongsian dan 1 sesi forum telah berlangsung sepanjang seminar yang melibatkan 64 orang peserta terdiri daripada staf ICT dari kampus UiTM Cawangan Selangor termasuk di Fakulti dan Kolej Pengajian. Seminar diadakan bertujuan memberi pendedahan ilmu baharu berkaitan teknologi terkini, amalan terbaik dan kaedah yang berpotensi untuk diaplikasikan dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan universiti.

    #UCSCemerlang

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000