23 Oktober 2024 – Program “Hot Chocolate Research Talk Siri 3 - “Micro Industry Hub: Jambatan Antara Teori Akademik dan Aplikasi Industri" anjuran Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya dianjurkan. Program dijalankan bertujuan mencapai matlamat UiTM Cawangan Selangor untuk menerjemahkan penyelidikan akademik menjadi produk yang boleh dipasarkan, sekaligus menawarkan hubungan yang lebih lancar antara penyelidikan dan industri.
Program yang dihadiri oleh seramai 40 orang peserta terdiri daripada Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti, Pensyarah CoE dan kakitangan akademik ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr Mohamad Hafiz Mamat, Timbalan Rektor (Penyelidikan dan Inovasi), mewakili YBrs. Rektor. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh YBrs. Prof Ir Dr. Ahmad Sabirin Zoolfaka, Pengarah Business Innovation & Technology Commercialization Centr (BITCOM) dan YBrs. Prof Madya Dr Fazlena Hamzah, Timbalan Pengarah BITCOM dan YBrs. Prof Madya Ir. Dr. Fadhlan Hafizhelmi Kamaru Zaman, Ketua MIH dari Kolej Kejuruteraan yang juga merupakan Pemenang Sanjung Sarjana Rakan Industri Terbaik UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat