Program "My FutureJobs Career Launchpad - Bridge the Gap, Unlock Your Potential"

     

     

    23 Oktober 2024 – Program "My FutureJobs Career Launchpad - Bridge the Gap, Unlock Your Potential" anjuran Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan (iCARE) UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama PERKESO telah berjaya dianjurkan bertempat di DK500, UCS. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada mahasiswa terutamanya tahun akhir dalam persediaan sebelum masuk ke alam pekerjaan dengan menerapkan nilai-nilai kesediaan dan pengetahuan, sekaligus memberikan pengalaman pendedahan kepada kerjaya sebenar.

    Turut hadir memeriahkan program yang disertai oleh seramai lebih 100 orang peserta adalah Timbalan Rektor iCARE, PM Dr Rosmadi Ghazali. Sesi perkongsian kerjaya telah disampaikan oleh En. Zulfiqar Morshidi, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO, dan pihak Marriot Hotel.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000