Sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP)

     

     

    Setinggi penghargaan diucapkan kepada YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar, atas sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada seramai 42 orang pelajar UiTM Cawangan Selangor.

    Turut hadir adalah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol Jono, Pengarah Pusat Kokurikulum Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, diiringi YBrs. Profesor Madya Dr. Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar), mewakili Rektor serta barisan Timbalan Dekan fakulti. Sumbangan ini bertujuan memberikan penghargaan kepada para pelajar yang layak menerima Bantuan Prihatin Pahang, sekaligus mengiktiraf usaha dan pencapaian akademik mereka.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000