Program Hari Bertemu Pelanggan Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor 2024

     

     

    24 Oktober 2024 - Program Hari Bertemu Pelanggan Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor 2024 telah berjaya dianjurkan selama dua hari bermula 23 Oktober 2024 hingga 24 Oktober 2024. Program ini diadakan agar pelanggan utama HEP iaitu para mahasiswa dan warga kampus dapat memperolehi maklumat yang diperlukan dalam membantu mereka berkaitan hal ehwal HEP UiTM amnya dan HEP UCS khususnya.

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, dengan diiringi oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (HEP), barisan pengurusan UiTM Cawangan Selangor, serta barisan timbalan dekan HEP Fakulti dan Kolej Pengajian. Program telah mendapat sambutan meriah dengan rekod kehadiran seramai 6,003 orang pelajar. 

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000