3 November 2024 - Program Bubble Fun Run 2024 anjuran Association of Bachelor of Accountancy Students (ABACCS), Fakulti Perakaunan UiTM telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1200 orang pelajar UiTM Cawangan Selangor. Program larian sejauh 2.5km ini dijalankan sebagai platform bagi mahasiswa UCS melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, serta memupuk gaya hidup aktif dan budaya bersukan.
Hadir menyempurnakan perasmian program adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS, dengan diiringi oleh YBrs. Profesor Dr. Haslinda Yusoff, Dekan Fakulti Perakaunan, dan YBrs. Profesor Madya Dr. Aida Hazlin Ismail, Timbalan Dekan HEP Fakulti Perakaunan, serta Encik Muhammad Izzuan Bin Roslan, Pengurus Pembangunan Perniagaan Certified Practising Accountant (CPA) Australia. Semoga program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan bagi mengeratkan ukhwah sesama warga kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat