Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024

     

     

    4 November 2024 - Institut Kualiti dan Pengembangan lImu (InQKA) dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor telah menganjurkan Pembentangan Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2024 UiTM bertempat di DK500, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Sebanyak 14 PTJ telah terpilih sebagai finalis ke pembentangan akhir ini dari keseluruhan 41 PTJ yang menyertai pertandingan AKNC 2024. Pertandingan AKNC yang telah bermula sejak tahun 1996 ini dianjurkan saban tahun bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan universiti.

    Barisan juri pembentangan akhir bagi tahun 2024 adalah YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM (Ketua Juri), YBrs. Profesor Ts. Sr. Dr. Md Yusof Hamid, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar, YBrs. Profesor Datuk Dr. Mizan Hitam, Penolong Naib Canselor Institut Kepimpinan dan Pembangunan, dan YBrs. Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Keputusan pemenang AKNC akan diumumkan di Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2024 pada bulan Disember 2024. Tahniah kepada semua finalis yang berjaya terpilih ke pembentangan akhir dan semoga beroleh kejayaan.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000