Pameran dan Pertandingan Inovasi, Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024)

     

     

    6 November 2024 - Sekitar pameran dan pertandingan inovasi, Invention Innovation & Design Exposition 2024 (IIDEX2024) yang diadakan bermula 4 November hingga 8 November 2024 bertempat di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. IIDEX merupakan acara berprestij tahunan anjuran UiTM melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) yang berteraskan pertandingan inovasi yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan ke peringkat global.

    YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor turut meluangkan masa melawat reruai pameran dan menyantuni para peserta yang mengetengahkan hasilan produk inovasi. IIDEX2024 telah menyaksikan sebanyak 331 hasil inovasi dipertandingkan, selain membawa 50 penyertaan biz.spotlight 2024 anjuran Business Innovation & Technology Commercilization Centre (BITCOM), dan 38 penyertaan Disability Invention, Design & Innovation Award (DIDI2024) dalam memperkasakan inovasi dan pemindahan teknologi.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000