Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024

     

     

    17 November 2024 - Kejuaraan Silat Tempur Antarabangsa Terbuka Malaysia 2024 yang berlangsung selama empat hari di UiTM Cawangan Selangor telah melabuhkan tirainya dengan majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah. Perasmian disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor. 

    Menyantuni majlis juga adalah YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib, Naib Canselor UiTM, YBrs. Profesor Dr Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Dato Sri Dr Hj Mohamad Ali Mohamad, Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Tuan Mohamad Nizam Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor.

    Kejuaraan yang melibatkan seramai 1239 orang peserta ini telah menyaksikan UiTM Cawangan Selangor sebagai institusi pengajian tinggi awam pertama di Malaysia dan di Negeri Selangor yang melaksanakan penganjuran kejohanan silat bertaraf antarabangsa. Semoga sinergi yang telah terbina antara UiTM Cawangan Selangor, dengan Kerajaan Negeri dan Persatuan Sukan, terus diperkukuh dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran pelbagai acara sukan yang berprestasi tinggi pada masa hadapan.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000