Bengkel Penulisan Laporan Tahunan UiTM Cawangan Selangor 2024

     

     

    4 Disember 2024 – Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penulisan Laporan Tahunan UCS 2024. Bengkel yang dihadiri oleh wakil dari 13 pusat tanggungjawab (PTJ) yang melibatkan Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh, dan Kampus Dengkil ini adalah untuk memastikan format dan tatacara penulisan dipatuhi oleh semua PTJ bagi tujuan keseragaman dan laporan yang diterbitkan berimpak tinggi.

    Hadir menyantuni para peserta dan menyampaikan ucapan aluan adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dan taklimat kaedah dan format penulisan buku laporan telah disampaikan oleh YBrs. Puan Alfina Bakar K.M.N CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Selangor. Buku Laporan Tahunan UCS 2024 dijangka akan diterbitkan pada Mac 2025.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000