Program MyFutureJobs Career Launchpad

     

     

    10 Disember 2024 - Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE) UiTM Cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan Program MyFutureJobs Career Launchpad Bersama PERKESO. Antara aktiviti yang dijalankan sempena program Siri ke-3 ini adalah Sesi Meet and Greet bersama majikan dan Sesi Temuduga, yang membuka peluang kepada pelajar dan alumni UiTM dalam mengenal pasti peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh 20 majikan yang menyertai program ini.

    Program yang dirasmikan oleh YBrs. Profesor Madya Sr. Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor iCARE ini telah disertai oleh seramai 3392 orang pelajar. Program ini turut melibatkan komuniti sekitar UiTM dengan memberi peluang kepada mereka dalam mencari pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup dengan 1983 kerja kosong ditawarkan.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000