13 Disember 2024 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Dahlia telah menganjurkan program Jom Sihat UCS 2024. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan pengamalan gaya hidup sihat melalui aktiviti explorace yang bertemakan permainan tradisional.
Program yang melibatkan pelajar dan staf UiTM dan telah menerima penyertaan seramai 50 orang peserta ini telah dirasmikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, mewakili Rektor, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman. Diharapkan penganjuran program ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat