Hari Bertemu Pelanggan Kelab Aktiviti Pelajar Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor

     

     

    25 Januari 2025 - Semester kedua bagi pelajar Sesi 2025 di Pusat Asasi UiTM, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil bermula meriah dengan berlangsungnya program Hari Bertemu Pelanggan Kelab Aktiviti Pelajar. Program yang dianjurkan buat julung kali ini adalah hasil kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Kelab PEERS, telah menyaksikan penyertaan sebanyak 23 buah reruai kelab dan 10 reruai jualan dan pameran.

    Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mahadi Kamaluddin, Timbalan Pengarah HEP dan ICAN Pusat Asasi, diiringi oleh Encik Norhisham Ya’cob, Pegawai Psikologi Kanan UiTM merangkap Penasihat Kelab PEERS. Program ini berjaya menyediakan platform kepada ahli-ahli kelab untuk saling bertukar idea dan pendapat selain merapatkan hubungan dan jaringan sesama kelab-kelab di Pusat Asasi. Ini sekaligus memberi galakan kepada mahasiswa untuk bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan. Semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan sebagai salah satu usaha dalam menggilap bakat dan kualiti pelajar-pelajar Pusat Asasi UiTM.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000